- Utama
- Blog
Artikel Terkini
Apabila berita Nonfarm Payrolls dikeluarkan, ianya mungkin salah satu berita fundimental yang paling berpengaruh di dalam dunia Forex. Pasaran semasa membuat pergerakan yang besar ketika berita ini dikeluarkan. Anda boleh sama ada mendapatkan keuntungan yang besar atau mendapat kerugian yang besar dalam hanya beberapa ketika dan beberapa transaksi sahaja.
Sekiranya sebelum ini anda pernah membaca artikel tentang perdagangan forex, pasti anda pernah menemui dan mendengar tentang “kecairan yang tinggi” dalam pasaran matawang asing. Namun begitu untuk pedagang baru, ianya adalah perkataan tanpa sebarang makna. Bagaimana anda begitu yakin yang kecairan yang tinggi ini mampu memberikan kelebihan kepada anda, sekiranya anda tidak benar-benar memahami tentang perkara ini.